Photobucket

Wednesday, July 15, 2009

Streamyx Combo Wifi @ Home

Baru2 ni streamyx melancarkan Streamyx combo wifi @ Home 1 pakej yang membolehkan pengguna2 streamyx menggunakan kemudahan streamyx beserta wifi di rumah (rumah sahaja!!) dengan pakej bermula dari RM60. pakej ni hanya utk kegunaan wireless di sekitar rumah sahaja..bkn boleh digunakan dimana-mana seperti wireless broadband.

Berbanding dgn pakej sebelum ini pakej wifi streamyx disertakan dengan modem router wifi untuk membolehkan ianya diakses dirumah beserta dengan penggunaan streamyx zone di seluruh malaysia.


Pakej yg lebih murah ini telah menggalakkan pengguna2 internet seluruh malaysia menjadikan streamyx pilihan utama mereka. dengan RM60 sebulan pengguna sebenarnya hanya menambah RM35 sahaja utk menggunakan internet yang mana RM25 adalah yuran sewaan talian tetap (rujuk bil telefon lama anda) dan juga disertakan ngan modem wifi percuma (waranti setahun). juga dengan pilihan samada pemasangan sendiri @ pemasangan oleh kontraktor pemasangan streamyx.

untuk maklumat lanjut @ pendaftaran sila emailkan kepada : ezcybercafe@gmail.com

Thursday, June 18, 2009

Chicken Pox

Sejak Isnin anak aku kena chicken pox...kena laa wife aku cuti sehari...aku g keje lmbt sket sementara tunggu ayah aku dtg tlg jage anak aku..siannn..kecik2 kena chicken pox...dh laa kena demamkan..pastu naik gelumbung2 air tu..gatal2 lagik...muka pun berbintik2 dah..kat badan jgn cakap laa...lagi byk...

tapi sejak semalam dah x demam dah dia...perangai pun dh spt bese..mcm dpt bateri energizer..mainn je keje dia sampai kol 12 mlm...tu pun di suruh tido..kalo x suruh tido x tau laa kol bape baru nk tido agaknye..

kempem kawasan meru plak ketika ni "ZON BERSIH & HIJAU" dilancarkan oleh YB Dr. Rani Osman pada 16 Jun 2009

semoga kawasan meru bertambah bersih drpd skrg

Thursday, May 28, 2009

TAHNIAH KPD BARCA

Pep Guardiola Dijulang oleh Pemain Barca!!!

awal pagi tadi barca dinobatkan selaku pemenang UEFA Champions League bagi tahun menewaskan Kelab Pilihan aku Manchester United dengan 2-0 hasil jaringan samuel e'to (minit ke-10) dan Lionel messi (minit ke-70)

kemenangan tersebut adalah piala ketiga dimenangi mereka pada tahun ini selepas memenangi Piala raja Sepanyol & Liga Sepanyol. Jurulatih, Pep Guardiola merasakan ini adalah tahun paling bermakna baginya kerana ini adalah kali pertama dia menjadi jurulatih bagi pasukan Barca dan memenangi Treble!

Perlawanan akhir UEFA Champions League awal pagi tadi memungkinkan Messi sebagai Pemain terbaik Tahun ini mengatasi Cristiano Ronaldo dan Juga Penjaring terbanyak kejohanan dengan 9 gol

Tahniah kpd barca!!! Kepada MU Jumpa 18 Julai 2009 nanti di Stadium Bukit Jalil!!

Wednesday, May 20, 2009





Kebakaran dilaporkan berlaku di sebuah kilang di jalan salleh, m eru pada jam 945 pagi tadi (20/5/2009) nama kilang tersebut tidak dapat dikenal pasti sebab kilang tersebut tidak meletakkan sebarang tanda nama perniagaan dihadapan kilang...kilang tersebut disebelah kilang NOTION VENTURE SDN BHD..

ramai orang mengerumuni kawasan tersebut seperti yg dpt dilihat didlm gmbr di sebelah...pekerja-pekerja notion venture diarahkan mengosongkan kilang serta-merta bagi mengelakkan sebarang kemalangan jiwa berlaku.

punca kebakaran tidak dpt disahkan lagi kerana ia berlaku di bahagian belakang kilang..aku tak dapat amik gambar lebih dekat lagi ...sekian, terima kasih...

Monday, May 18, 2009

GLORY GLORY~~MAN UTD


Tahniah Kepada kelab kegemaran aku Man Utd kerana berjaya memenangi kejuaraan EPL ke-18
semoga terus suksess sentiasa.....

walaupun hanya memerlukan 1 mata sahaja iaitu seri pada perlawanan menentang the gunners..Man utd melawan sehabis2nya..menentang asakan the gunners hingga ke wisel penamat.

jumpa lagi musim depan

Saturday, May 16, 2009

Assalamualaikum~~

Lupe plak nk update blog ni...lama laa jugak lebey setgh tahun x update...hahaha!! ni pun teringat bila aku cite pasal internet2 ni ngan anak sedara aku kat kg...ami nama dia...aritu blk kg setelah sebulan lepas mak mertua aku operate batu karang....semua adik beradik ipar aku ada..meriah laa umah tu seketika..

nk cite ni pasa time alik tu laa jem giler abg ipar aku bgtau..sebab dia dh gerak dulu..dia bgtau laa jem dr peda/linggi tu sampai laa lepas seremban (mcm bese laa jem tu kan...) sampaikan emergency lane pun jem gak.... aku pun terus laa masuk alor gajah..lalu ikut PD untuk balik ke Meru...5 jam laa baru sampai rumah..bese 3jam atau 3 jam 1/2 dh sampai dah...tapi kalo aku harung jem tu gak ntah bape jam la pak baru sampai...adik ipar aku pun mula2 sangkut kat jem tu last2 dia pun ptg ikut PD jugak...

skrg ni dh duk meru alhamdulillah laa sket dekat ngan kedai aku..tapi sian lak wife aku hari2 kena harung jem nak g keje kat USJ (hehehe..dulu aku kena..skrg giliran dia plak :P )

dan skrg ni mmbr forumner aku (wiratunggallegacy.com) sedang bermandi manda kat serendah @ kat sg. congkak..aku xtau venue yg mana 1 betul...sbb aku x join gath kali ni...(isk..isk..isk) harap2 dorg sume berkumpul ngan selamat...dorg tu bknnye betul sgt tu..kang abis huru hara kawsan tu dek kerana tekanan kuasa dalam dorg yg melebihi tahap keupayaan manusia biasa...(ahahahaha!!)

aku menanti dorg post gmbr2 gath kat forum laa nnt..nak gak tgk..sbb sblm2 ni sume gath aku join..yg ni je aku x join...

ape2 pun layannn~~zasss!!